Pantai Batu Buruk,Terengganu Bandaraya Warisan

Terengganu memang sudah dikenali sebagai bandaraya warisan pesisir pantai dan kalau mari ke bandar Kuala Terengganu, tak sah kalau tak singgah melepak di Pantai Batu Buruk. Pantai nilah yang paling popular di bandar KT. Walaupun pantai ini bernama Batu Burok tapi pantai ni bukan pantai jenis berbatu dan mempunyai persekitaran yang ‘buruk’ . Pantai Batu Buruk hanya sekadar nama sahaja dan ia mempunyai persekitaran yang cantik dan menarik. Pantai  ini terletak di kawasan yang strategik, berhampiran pusat bandar kuala Terengganu yang mempunyai pelbagai kemudahan awam yang lain termasuklah hotel-hotel yang berdekatan.

Hal ini menyebabkan kawasan ini menjadi tumpuan pelancong kerana bukan sahaja dapat bersantai di kawasan pantai tetapi dapat melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti lain seperti bersiar-siar di waktu petang melihat SUNSET, beriadah seperti mengadakan aktiviti HARI KELUARGA , makan-makan santai seperti satey ikan,ikan celup tepung dan keropok yang terkenal di Terengganu dan menaiki kuda.

 

Address906 Am Jln Pantai Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Malaysia

Phone+60 9-622 1410

 

Batu Burok Beach Resort

 

AddressKampung Mangkuk Penarik, 22120 Kampong Mangkok, Malaysia

Phone+60 9-624 5020

 

Please follow and like us: