Pulau Kapas Terengganu Tarikan Pelancong Luar

Image result for Pulau Kapas Terengganu Tarikan Pelancong Luar

Pulau Kapas Terengganu merupakan salah satu daripada tempat yang paling indah dan santai diantara pulau-pulau di Malaysia. Selain mempunyai pantai yang cantik, air laut diperairan pulau yang jernih dan pemandangan dasar laut yang cantik merupakan tarikan pelancong untuk bercuti ke pulau ini. Terdapat banyak aktiviti menarik dipulau kapas yang boleh dilakukan bersama keluarga tersayang atau bersama kawan-kawan seperti aktiviti luncur angin, mandi manda, berkhemah , melihat suasana ‘SUNSET’ dan lain-lain.

Pengangkutan kepulau kapas

Mengambil penerbangan kelapangan terbang kuala Terengganu atau memandu kenderaan sendiri ke marang. Untuk percutian bajet, anda boleh Mengambil pengangkutan awam seperti bas ekspress ke kuala Terengganu. Anda juga boleh mengambil teksi, grab, atau uber dari lapangan terbang atau stesen bas ke jeti marang, harga lebih kurang rm30. Perjalanan menaiki bot dari jeti marang ke pulau kapas mengambil masa kira kira 20 minit dan harga tiket rm 25 untuk pergi balik.

Resort dipulau kapas

Jika anda bercadang untuk bercuti ke pulau kapas, terdapat banyak pakej percutian yg ditawarkan oleh resort-resort yg terdapat dipulau kapas ini. Biasanya untuk lebih puas menikmati percutian sini, kami mencadangkan pakej 3 hari 2 malam dimana berbagai aktiviti boleh dilakukan.

Kapas island resort : menarik dipulau kapas beberapa jenis bilik penginapan disediakan untuk pengunjung. Ruang makan yg selesa serta berbagai aktiviti boleh ditempah terus melalui resort . Kemudahan bilik seminar turut disediakan, kebiasaannya digunakan untuk kem-kem sekolah. Di Resort ini juga mempunyai beberapa buah chalet unik yg diperbuat daripada kayu .

Bagi pelancong yg ingin kediaman percutian  ke pulau kapas pasti tidak akan mengecewakan bersantai ditepi pantai melihat keindahan pantai dan air laut yg jernih dan memberi ketenangan serta kepuasan sendiri .

AddressPulau Kapas, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

Phone+60 9-631 6468

 

Related image
              PULAU KAPAS TERENGGANU MALAYSIA

 

Image result for Pulau Kapas Terengganu Tarikan Pelancong Luar
           SELAMAT BERCUTI KE GANU KITO !
Please follow and like us:

Pulau Perhentian Pulau Tercantik di Terengganu

Image result for pulau perhentian

 

Pulau perhentian ialah salah satu destinasi percutian popular dimalaysia. Pulau perhentian terkenal kerana kecantikan alam semulajadi seperti pantai berpasir yang putih bersih , air laut yang jernih dan pelbagai jenis kehidupan laut yang sangat cantik. Faktor tersebut menjadikan pulau perhentian lokasi idaman percutian sesiapa sahaja samada keluarga mahupun bersama rakan rakan . Pelancong boleh mengujungi pulau secara pakej percutian atau merancang bajet sendiri.

Pulau perhentian kecil juga merupakan sebuah pulau peranginan menarik. Jika anda ingin beristirehat dan menikmati keindahan dipulau perhentian, anda tidak perlu risau tentang penginapan kerana hampir semua resort terletak disekitar kawasan pantai ini. Tarikan utama pelancong kepulau perhentian ialah untuk berehat dipulau yang cantik dan tenteram untuk melakukan aktiviti. Selain itu, terdapat beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan dipulau perhentian seperti berkhemah , bermandi-manda dipantai pasir yang jernih airnya pelbagai lagi aktiviti yang menarik.

Image result for resort pulau perhentian
                Resort disekitar PULAU PERHENTIAN sahaja. mudah bukan ?

Aktiviti pantai memang terbaiklah kat sini dan yang paling best pakej snorkeling RM 40 boleh pergi melawat 4 buah pulau berhampiran dan menyelam dengan jerung (jerung jinak ye, bukan jerung yang makan orang dalam TV tu) menyelam dengan penyu dan bagi makan ikan (yang ni paling best sebab bila kita menyelam bagi roti, semua ikan-ikan kecil dan cantik-cantik akan datang kepada kita). Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

AddressPulau Perhentian Besar, Kuala Besut, Terengganu, Malaysia

Phone+60 3-2144 8530

 

CARA PERJALANAN KE PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU

Bagaimana cara untuk ke pulau perhentian ?

Destinasi anda ialah kuala besut dimana feri ke pulau perhentian disediakan. Jika tiada perkhidmatan bas terus ke kuala besut dari tempat anda, anda boleh samada ke kuala Terengganu atau kota bharu. Bergantung pada lokasi berhampiran dengan anda.

Atau anda juga boleh Mengambil teksi untuk ke kuala besut dan Menaiki feri kepulau perhentian besar . Perjalanan lebih kurang sejam sahaja untuk sampai ke destinasi.

Dipulau perhentian besar  anda boleh menaiki bot untuk ke resort penginapan pilihan anda atau berjalan kaki melalui jalan hutan untuk ke resort.

 

 

Please follow and like us:

Pulau Redang Kuala Terengganu Lokasi Kegemaran Pelancong

PULAU REDANG merupakan pulau terbesar di Terengganu. Kebanyakkan para pelancong suka bercuti di Pulau ini kerana tempatnya yang strategik kerana hanya 45 km terletak dari Bandaraya Kuala Terengganu. Rumpun Pulau Redang mempunyai sembilan pulau lain termasuk Pulau Lima, Pulau Kerengga Kecil, Pulau Ling, Pulau Paku Besar, Pulau Kerengga Besar, Pulau Paku Kecil,  Pulau Ekor Tebu, Pulau Pinang dan Pulau Redang. Rumpunan pulau ini menjanjikan pelbagai aktiviti dan panorama menarik kepada para pengunjung seperti ‘snorkelling’, ‘scuba-diving’, dan keindahan Taman Laut yang dipenuhi dengan hidupan marin seperti ikan, penyu dan batu karang.

Permandangan Pulau Redang yang tenang dan indah

Pantai Pasir Panjang adalah pantai yang menjanjikan keindahan memukau di Pulau Redang yang terletak di timur laut pulau. Pantai Pasir Panjang juga merupakan kawasan pendaratan penyu untuk bertelur pada musimnya. Terdapat beberapa tempat penjagaan penyu yang dibina di kawasan ini supaya ekosistem dan habitat penyu ini tidak terancam. Kebanyakan para pengunjung pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melihat penyu bertelur apabila bercuti di pulau ini.

Image result for pulau redang penyu
                          Aktiviti SNORKELLING di PULAU REDANG

Taman Laut Redang adalah antara taman laut tercantik di dunia. Menghimpunkan khazanah laut berusia ribuan tahun yang sentiasa dijaga rapi keasliannya daripada tercemar dan terhakis dimamah perubahan iklim dunia. Pengunjung boleh mengalami dan menikmati sendiri keindahannya dengan melakukan aktiviti snorkelling dan diving di sekitar kawasan taman laut. Kecantikan alam ciptaan Tuhan ini boleh merehatkan minda yang kusut dan boleh menjadi terapi diri.

 

CARA PERJALANAN KE PULAU REDANG

Cara lain ialah untuk pergi ke Redang melalui feri dari Jeti Shahbandar di Kuala Terengganu ataupun Jeti Merang. Feri-feri yang dimiliki oleh resort biasanya akan mengangkut para penumpang dari Jeti Merang ke Redang. Walau bagaimanapun, resort-resort tertentu menggunakan feri yang berlepas dari Jeti Shahbandar ke Jeti Kampung di Redang. Selepas itu, para penumpang akan menaiki bot lain dan menuju ke resort masing-masing. Pakej-pakej yang ditawarkan oleh resort biasanya sudah merangkumi tiket feri ini.

Jeti Shahbandar terletak di pusat bandar Kuala Terengganu dan bertentangan dengan Pusat Informasi Pelancong serta Pejabat Pos Kuala Terengganu. Ia juga berhampiran dengan pasar, kedai-kedai, warung-warung makanan serta tarikan-tarikan pelancongan seperti Bukit Puteri, Istana Maziah dan Kampung Cina.

Perjalanan kaki ke Jeti Shahbandar dari Terminal Bas Kuala Terengganu ialah kira-kira 15 minit manakala perjalanan melalui kereta dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu ke Jeti Shahbandar ialah lebih kurang 25 minit. Perjalanan bot dari Jeti Shahbandar ke Pulau Redang ialah kira-kira 1.5 jam.

Jeti Shahbandar terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin.

Alamat penuh untuk Jeti Shahbandar:

Jeti Pelancongan Shahbandar,
Jalan Sultan Zainal Abidin,
20670 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Image result for pulau redang

 

 

Please follow and like us: