Woww Sunway lagoon Malaysia ada 6 theme park!

Sunway Lagoon dibangunkan dengan konsep Multi-park destination. Disini terdapat 5 theme park dan ada satu theme park yang terkini, iaitu Nickelodeon Lost Lagoon. Semenjak Sunway Lagoon ini didirikan pada tahun 1993, banyak penghargaan yang diterima oleh pihak Sunway Lagoon. Salah satunya dari International of Amusement Park and Attractions(IAAPA) sebagai Asia’s Best Attraction. Woww! Sunway Lagoon ini didirikan dengan keluasan 80 hektar. Antara 6 theme park disini ialah :

  1. Water Park

sunway-lagoon-waterpark

Water park adalah tempat untuk bermain air atau bermandi-manda dengan sepuasnya bersama keluarga dan sahabat handai. Disini juga ada disediakan The surf Beach iaitu sebuah pantai buatan dengan keluasan sekitar 13 ribu meter persegi pasir. The Surf Beach juga memiliki FlowRider iaitu Surf Simulator pertama di Malaysia, dimana terciptanya ombak seakan-akan dipantai sebenar! Menarik betul!

Sunway Lagoon juga telah mendirikan pelbagai jenis gelongsor yang menarik dan menggerunkan! Disini juga terdapat permainan baru seperti  Vuvuzela, Waterplexx 5D dan banyak lagi. Vuvuzela adalah merupakan water ride terbesar di dunia dan waterplexx 5D adalah theater 5D yang akan memberikan pengalaman yang interaktif dengan teknologi terkini!

 

Related image
Vuvuzela SUNWAY LAGOON MALAYSIA

Related image

2. Amusement Park

Kepada para pengunjung yang berjiwa kental sangat sesuai di Park ini. Kerana disini ada bermacam-macam permainan yang menggiurkan seperti pirate’s revenge iaitu sebuah permainan seperti kapal bajak laut yang boleh berpusing sehingga 360° dan membuatkan anda Rasa seperti terkeluar jantung sebentar semasa kapal ini diterbalikkan pada kedudukan puncak. Anda akan melihat bumi ini dalam keadaan terbalik kerana kepala berada di bawah! Amusement park juga menyediakan permainan Roller Coaster yang menarik.

Related image
pirate’s revenge

Di theme park ini juga ade permainan yang sedikit santai iaitu sunway lagoon pedestrian suspension Bridge. Dimana jambatan ini adalah jambatan yang terpanjang di Malaysia!

Disamping banyak permainan untuk orang dewasa, Amusement Park juga terdapat permainan untuk kanak-kanak berusia 5 tahun hingga 12 tahun yang tidak berbahaya seperti Captain Kid’s Playland dan Candyland.

3. Wildlife Park

Park ini khas untuk para pencinta binatang. Di sini terdapat lebih dari 140 spesies binatang yang tidak berbahaya seperti burung, ikan, binatang reptilia dan binatang mamalia. Di sini juga ada haiwan yang merbahaya seperti harimau, beruang, rusa dan banyak lagi haiwan lain! Wildlife park ini didirikan seluas 8 hektar dan dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan hijau!

sunway-lagoon-wildlife

 

4. Extreme Park

Dah nama pun extreme park kan, confirm la ada banyak permainan-permainan extreme yang akan membuat anda tidak senang duduk seperti Wild Wild West iaitu terowong gelap dengan jalan menurun, G-Force X iaitu sebuah slingshot raksasa yang akan bawak anda naik dengan kelajuan 120km/hour dengan ketinggian  65meter, dan akhir sekali adalah Flying Fox terpanjang di Malaysia sejauh 206meter di atas sunway lagoon! Woow merecik semua permainan extreme disini. Dalam banyak-banyak theme park, mungkin disini akan tercipta kenangan yang tidak dapat anda lupakan!

 

5. Scream park

Bagi sesiapa yang lemah semangat atau memang jenis penakut, dinasihati jangan masuk ke Park ini. Tapi bagi yang berani dan berjiwa kental, anda boleh masuk ke blockbuster hollywood dan anda akan melalui world war Z Live dimana anda akan berjumpa dengan Zombie-zombie yang mengerikan! Selain itu, di park ini juga boleh jelajah ke rumah HANTU in 3DX yang isinya tentang sejarah mengenai hantu-hantu dimalaysia seperti pocong! sesiapa yang suka sejarah boleh la masuk 🙂 Hahaha

sunway-lagoon-screampark

 

6. Nickelodeon Lost Lagoon

Park ini adalah park terbaru di sanway lagoon. Dan ia adalah taman bermain pertama yang bertemakan Nickelodeon Lost Lagoon di Asia ! Antara permainan yang ada disini seperti Rain Fotress, Water Spray Area, Giant Aqua Tube dan pelbagai permainan lagi. Disini anda boleh jugak bershopping seperti souvenir terkenal dari nickelodeon seperti SpongeBob, Dora The Explorer dan Teenage Mutant Ninja Turtles. Sungguh menarik kan theme park ini confirm anak-anak anda akan menyukainya!

Image result for nickelodeon lost lagoon malaysia

 

Percutian anda akan lebih menarik dengan pelbagai alatan renang! yaa kami menyediakannya seperti goggle, board, blade blaster, shooter dan banyak lagi. Kami juga menyediakan pakaian renang untuk semua peringkat umur termasuk baju muslimah dengan harga yang berpatutan dari size XS hingga 7XL! thankssss.

 

IT’S WILL BE A CRAZY EXPERIENCE! 🙂

Please follow and like us:

Berenang Untuk Kurus. Mitos Atau Fakta?

Berenang untuk kurus akan menjadi MITOS sekiranya lepas anda berenang anda melantak sebanyak-banyaknya kerana lapar dan ia akan menjadi MITOS sekiranya anda berenang hanya sebulan sekali 😛

Image result for baby berenang

 

Ya benar! sebenarnya berenang ini adalah satu sukan yang boleh menurunkan berat badan kerana berenang melibatkan pergerakkan seluruh badan. Dan berenang ini adalah antara sukan kesukaan Nabi Muhammad 🙂 Berenang merupakan antara sukan kardiovaskular selain dari berbasikal atau jogging. Berenang juga dapat membakar ratusan kalori dalam waktu 30 minit. Setidaknya, 200 hingga 250 kalori akan terbakar bila kita berenang selama itu. Dan bila dilakukan selama satu jam, kalori yang akan terbakar adalah 400 hingga 700 kalori. Anda tidak akan membakar kalori sekiranya anda hanya bermain air sahaja. Kebaikan berenang ni juga boleh membuatkan postur badan jadi tegak, takde dah jadi bongkok-bongkok. Sangat bagus bagi mereka yang nak membaiki postur tubuh badan.

Cara nak kurus dengan berenang:

  1.  Pemanasan( Warm-up)
    pemanasan adalah hal penting yang harus dilakukan sebelum bersukan. Lakukan pemanasan sebelum masuk ke kolam renang. Setelahnya lakukan pemanasan dalam air seperti berenang dengan santai mengelilingi kolam.
  2. Jangan bermalas-malasan di kolam renang
    Jangan hanya berendam di dalam kolam renang. Anda harus benar-benar berenang dan masuk ke kolam renang hanya jika benar-benar serius untuk berolahraga dan berenang.
  3. Jangan minum di kolam renang
    Ramai orang yang minum jus atau cocktail sambil berenang. Jangan lakukan ini. Anda berenang untuk menurunkan berat badan. Yang terbaik banyakkan minum air mineral.
  4. Ganti gaya berenang
    Berenang dengan gaya yang sama setiap hari tak akan membantu Anda menurunkan berat badan. Selain itu, ini akan menjadi kegiatan yang membosankan. Untuk lebih cepat menurunkan berat badan, anda boleh berenang dengan gaya yang berbeza-beza. Pelajari gaya baru jika perlu.
  5. Berenang dengan cepat
    Jangan berenang dengan santai, berenanglah dengan kecepatan yang cepat. Ini boleh dimulakan dengan berenang secara perlahan, namun lebih cepat dari hari ke hari. Lebih cepat berenang lebih banyak kalori yang akan terbakar.
  6. Pendinginan setelah berenang( Cool-down)
    Melakukan pendinginan selepas sukan adalah perkara biasa yang perlu diketahui. Ini juga memberikan kesempatan untuk tubuh badan memberikan waktu untuk relax dari kepenatan bersukan. Contohnya berenang secara santai boleh dijadikan sebagai cara untuk cool-down.

 

Aktiviti ini juga sangat sesuai untuk golongan yang berbadan besar yang ingin bersukan. kerana mereka yang berbadan besar berkemungkinan tidak kuat untuk berjogging atau berbasikal atau membuat sukan yang lain.

Image result for orang obesiti berenang

Yaa! kami disini menyediakan pakaian renang untuk semua peringkat umur terutamanya pakaian renang muslimah dari size XS hingga 7XL dengan pelbagai warna dan design. So guys, jangan jadikan alasan berbadan besar tidak boleh melakukan aktiviti sihat! Kami juga menjual alatan renang seperti pelampung, board, goggle dewasa, goggle kanak-kanak dan banyak lagi!

 

 

AYUH AMALKAN HIDUP SIHAT 🙂 TERIMA KASIH.

Please follow and like us:

Betul ke wet world shah alam berwajah baru ??

Betul ke wet world shah alam berwajah baru ?? Yeee betul  lah. Wet world shah alam sudah berwajah baru dengan suasana yang lebih menarik dan cantik! bayaran untuk masuk ke wet world shah alam ni pun tidak terlalu mahal. So, sesiapa yang duduk dekat boleh la datang bermandi-manda dan meluangkan masa bersama keluarga!

 

Related image

Related image

Waktu buka taman tema air Shah Alam 

  1. Isnin, selasa, khamis dan jumaat : 10.00am-6.00pm
  2. sabtu, ahad, cuti sekolah dan cuti am: 10.00am-6.00pm
  • Tutup pada HARI RABU kecuali cuti sekolah & cuti am
  • Tuntutan tidak akan diberikan sebab keadaan cuaca buruk
  • Tidak dibenarkan masuk tanpa pengikat tangan atau resit

Bayaran Masuk taman tema air Shah Alam

  1. Ketinggian melebihi 130cm : RM 20.00 sahaja
  2. Ketinggian melebihi 90cm : RM 16.00 sahaja
  3. Ketinggian bawah 90cm : Free

p/s * haa , lagi satu pada kebiasaan sekiranya nak naik gelongsor yang panjang, guard hanya akan melepaskan yang hanya berpakaian renang sahaja! kami menyediakan pakaian renang yang tahan lasak untuk pelbagai peringkat umur, boleh beli secara online atau boleh terus ke kiosk kami di giant shah alam seksyen 13! selamat bercuti semuaaa 🙂

Please follow and like us:

Legoland adalah taman tema impian kanak – kanak terhebat di Malaysia

Image result for legoland taman tema air

LEGOLAND MALAYSIA.  Legoland adalah taman tema impian kanak – kanak terhebat di Malaysia. Berbagai aktiviti dan permainan yang menarik telah disediakan untuk para pengunjung . Tarikan utama di LEGOLAND JOHOR terbahagi kepada dua iaitu LEGOLAND THEME PARK dan LEGOLAND WATER PARK.

Legoland theme park mempunyai beberapa aktiviti menarik iaitu :

  1.  Miniland- Bangunan mercu tanda yang dibina dengan lego Bricks.
  2. The beginning- The big shop yang mengandungi berbagai barangan dan produk permainan lego.
  3. Imagination- Tempat permainan Lego dan anda boleh membina apa sahaja bentuk binaan yang anda inginkan berdasarkan kretiviti anda.
  4. Lego Technic- Mempunyai permainan dan aktiviti menarik seperti menaiki project X roller.
  5. Lego kingdoms- sebuah kota yang mempunyai permainan menarik seperti roller-coaster.
  6. Land of Adventure- tempat pengembaraan dan permainan menarik seperti Lost kingdoms dan Dino island.
  7. Lego City- tempat permainan menarik untuk kanak-kanak.
  8. Big Adventure for little Kids-  tempat permainan menarik untuk kanak-kanak.
  9. Indoor Activities-  tempat permainan menarik untuk kanak-kanak yang turut boleh melibatkan ibubapa.
Related image
Lego kingdoms!  
Related image
Lego Technic!

 

whoaaa banyaknya theme park yang menarik! Selain Legoland Themepark , terdapat juga taman air atau Legoland Waterpark. Legoland Waterpark ini merupakan Legoland Waterpark terbesar di dunia yang memiliki banyak ombak, gelongsor serta blok-blok Lego yang disusun di kolam airnya. Taman tema air ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian seperti untuk orang dewasa, kanak-kanak dan seisi keluarga.

Antara permainan dan aktiviti yang ada disini ialah:

  1. Build-A-Raft River- membina rakit menggunakan Lego Bricks dan melepaskannya di Lazy River dan pengunjung juga boleh menyusuri Lazy River dengan pelampung.
  2. Duplo Splash Safari- permainan untuk kanan-kanak yang berumur bawah 5 tahun.
  3. Lego Wave Pool- kolam air yang berombak.
  4. Red Rush- permainan gelongsor yang menarik. 6 orang Pengunjung akan menaiki tiub dan menyusuri selongsor air sepanjang 312 kaki.
  5. Twin Chasers- Gelongsor air berkembar yang sangat menarik!
  6. Brick Blaster- Gelongsor air yang melalui terowong yang menyeronokkan.
  7. Wave Rider- Gelongsor air yang mengujakan setinggi 240 kaki.
  8. LEGO slide racers – Gelongsor berkembar enam.

Terdapat banyak lagi permainan menarik di legoland water park yang disediakan untuk para pelancong.

Related image
Lego wave pool

 

Image result for legoland water park LEGO slide racers
LEGO slide racers

HOTEL PENGINAPAN DI LEGOLAND

Di sini anda tidak perlu risau tentang penginapan kerana terdapat sebuah hotel bertema Lego yang mempunyai 249 bilik. Tema-tema di setiap bilik itu pastinya akan membuatkan anak-anak teruja!

Asyik bermain bukan bererti lupa untuk beribadah. Bagi umat islam, Legoland Malaysia mungkin merupakan satu-satunya Legoland di dunia yang memiliki mussolla atau tempat solat. Di sana terdapat dua musolla yang berada di pintu masuk dan di hujung themepark. Jadi, tiada alasan untuk anda meninggalkan solat fardhu !

Related image

Related image

p/s * haa , lagi satu pada kebiasaan sekiranya nak naik gelongsor yang panjang, guard hanya akan melepaskan yang hanya berpakaian renang sahaja! kami menyediakan pakaian renang yang tahan lasak untuk pelbagai peringkat umur, boleh beli secara online atau boleh terus ke kiosk kami yang berdekatan. thank youu.

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI. HAPPY HOLIDAY 🙂

Please follow and like us: