Woww Sunway lagoon Malaysia ada 6 theme park!

Sunway Lagoon dibangunkan dengan konsep Multi-park destination. Disini terdapat 5 theme park dan ada satu theme park yang terkini, iaitu Nickelodeon Lost Lagoon. Semenjak Sunway Lagoon ini didirikan pada tahun 1993, banyak penghargaan yang diterima oleh pihak Sunway Lagoon. Salah satunya dari International of Amusement Park and Attractions(IAAPA) sebagai Asia’s Best Attraction. Woww! Sunway Lagoon ini didirikan dengan keluasan 80 hektar. Antara 6 theme park disini ialah :

  1. Water Park

sunway-lagoon-waterpark

Water park adalah tempat untuk bermain air atau bermandi-manda dengan sepuasnya bersama keluarga dan sahabat handai. Disini juga ada disediakan The surf Beach iaitu sebuah pantai buatan dengan keluasan sekitar 13 ribu meter persegi pasir. The Surf Beach juga memiliki FlowRider iaitu Surf Simulator pertama di Malaysia, dimana terciptanya ombak seakan-akan dipantai sebenar! Menarik betul!

Sunway Lagoon juga telah mendirikan pelbagai jenis gelongsor yang menarik dan menggerunkan! Disini juga terdapat permainan baru seperti  Vuvuzela, Waterplexx 5D dan banyak lagi. Vuvuzela adalah merupakan water ride terbesar di dunia dan waterplexx 5D adalah theater 5D yang akan memberikan pengalaman yang interaktif dengan teknologi terkini!

 

Related image
Vuvuzela SUNWAY LAGOON MALAYSIA

Related image

2. Amusement Park

Kepada para pengunjung yang berjiwa kental sangat sesuai di Park ini. Kerana disini ada bermacam-macam permainan yang menggiurkan seperti pirate’s revenge iaitu sebuah permainan seperti kapal bajak laut yang boleh berpusing sehingga 360° dan membuatkan anda Rasa seperti terkeluar jantung sebentar semasa kapal ini diterbalikkan pada kedudukan puncak. Anda akan melihat bumi ini dalam keadaan terbalik kerana kepala berada di bawah! Amusement park juga menyediakan permainan Roller Coaster yang menarik.

Related image
pirate’s revenge

Di theme park ini juga ade permainan yang sedikit santai iaitu sunway lagoon pedestrian suspension Bridge. Dimana jambatan ini adalah jambatan yang terpanjang di Malaysia!

Disamping banyak permainan untuk orang dewasa, Amusement Park juga terdapat permainan untuk kanak-kanak berusia 5 tahun hingga 12 tahun yang tidak berbahaya seperti Captain Kid’s Playland dan Candyland.

3. Wildlife Park

Park ini khas untuk para pencinta binatang. Di sini terdapat lebih dari 140 spesies binatang yang tidak berbahaya seperti burung, ikan, binatang reptilia dan binatang mamalia. Di sini juga ada haiwan yang merbahaya seperti harimau, beruang, rusa dan banyak lagi haiwan lain! Wildlife park ini didirikan seluas 8 hektar dan dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan hijau!

sunway-lagoon-wildlife

 

4. Extreme Park

Dah nama pun extreme park kan, confirm la ada banyak permainan-permainan extreme yang akan membuat anda tidak senang duduk seperti Wild Wild West iaitu terowong gelap dengan jalan menurun, G-Force X iaitu sebuah slingshot raksasa yang akan bawak anda naik dengan kelajuan 120km/hour dengan ketinggian  65meter, dan akhir sekali adalah Flying Fox terpanjang di Malaysia sejauh 206meter di atas sunway lagoon! Woow merecik semua permainan extreme disini. Dalam banyak-banyak theme park, mungkin disini akan tercipta kenangan yang tidak dapat anda lupakan!

 

5. Scream park

Bagi sesiapa yang lemah semangat atau memang jenis penakut, dinasihati jangan masuk ke Park ini. Tapi bagi yang berani dan berjiwa kental, anda boleh masuk ke blockbuster hollywood dan anda akan melalui world war Z Live dimana anda akan berjumpa dengan Zombie-zombie yang mengerikan! Selain itu, di park ini juga boleh jelajah ke rumah HANTU in 3DX yang isinya tentang sejarah mengenai hantu-hantu dimalaysia seperti pocong! sesiapa yang suka sejarah boleh la masuk 🙂 Hahaha

sunway-lagoon-screampark

 

6. Nickelodeon Lost Lagoon

Park ini adalah park terbaru di sanway lagoon. Dan ia adalah taman bermain pertama yang bertemakan Nickelodeon Lost Lagoon di Asia ! Antara permainan yang ada disini seperti Rain Fotress, Water Spray Area, Giant Aqua Tube dan pelbagai permainan lagi. Disini anda boleh jugak bershopping seperti souvenir terkenal dari nickelodeon seperti SpongeBob, Dora The Explorer dan Teenage Mutant Ninja Turtles. Sungguh menarik kan theme park ini confirm anak-anak anda akan menyukainya!

Image result for nickelodeon lost lagoon malaysia

 

Percutian anda akan lebih menarik dengan pelbagai alatan renang! yaa kami menyediakannya seperti goggle, board, blade blaster, shooter dan banyak lagi. Kami juga menyediakan pakaian renang untuk semua peringkat umur termasuk baju muslimah dengan harga yang berpatutan dari size XS hingga 7XL! thankssss.

 

IT’S WILL BE A CRAZY EXPERIENCE! 🙂

Please follow and like us:

Kolam Renang yang murah di putrajaya!

Kolam renang adalah suatu konstruksi buatan yang dirancang untuk diisi dengan air dan digunakan untuk berenang, menyelam, atau melakukan aktiviti air dan lain-lain. Kolam renang merupakan salah satu destinasi yang menarik untuk meluangkan masa bersama keluarga dan sebagai tempat untuk melepaskan tekanan mahupun tempat untuk merehatkan diri selepas penat bekerja.

Terdapat banyak kolam renang yang menarik yang terdapat di Malaysia. Antaranya ialah kolam renang yang terdapat di Putrajaya. Banyak kolam renang di putrajaya yang hanya menawarkan bayaran tiket yang murah iaitu kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 6, Kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 9, Kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 11 dan Kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 16. Diantara kolam-kolam renang ini, kolam di presint 6 adalah yang terbaru dibuka kepada orang ramai.

Kolam renang ini sangat  menarik kerana dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang tiada pada kolam renang lain. Ia juga dilengkapi dengan kolam renang bersaiz olimpik,kolam latihan dan juga kolam renang untuk kanak-kanak.Permandangan di sekitar kolam ini juga menarik di samping aktiviti-aktiviti yang dilakukan di tasik bersebelahan dengan kolam renang tersebut. Jadi, dapat disimpulkan bahawa, di Putrajaya terdapat kolam-kolam renang yang menarik. Oleh itu,jangan lepaskan peluang keemasan anda. Ayuh kita lihat 4 kolam renang awam yang ada di putrajaya. Kolam renang sudah la besar dan selesa, anak- anak gembira dan duit pun jimat 😛

 

Jadual kolam renang pusat kejiranan presint 6, 9, 11 dan 16

Sesi 1: 9.00AM-11.00AM

Sesi 2: 1.00PM-3.00PM

Sesi 3: 5.00PM-7.00PM

Sesi 4: 8.00PM-10.00PM

Dibuka pada setiap hari kecuali hari rabu untuk penyelenggaraan.

Harga tiket kolam renang pusat kejiranan presint 6, 9, 11 dan 16

Dewasa: RM2

Kanak-kanak: Rm1

 

  1. Kolam renang Pusat Kejiranan Presint 11

Kolam renang yang terbahagi kepada 3 kolam. Iaitu 2 untuk kanak-kanak yang cetek dan sederhana cetek. 1 kolam lagi untuk dewasa .

 

2. Kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 6

kolam ini mempunyai 3 kolam . 2 kolam khas untuk kanak-kanak . 1 kolam sahaja untuk dewasa dengan kedalaman yang berbeza sehingga kedalaman 2 meter.

 

3. Kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 9

Kolam renang kanak-kanak dan dewasa Dan disebelah kolam renang ini jugak ada taman permainan! whoaaa. Dah la murah je, macam-macam pulak ada. super jimat.

 

4. Kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 16

Related image

 

Berenang berenang jugak, Peringatan penting!! sekiranya anda nak masuk bermandi-manda dalam kolam yang murah dgn servis yg terbaik ini, ANDA MESTILAH BERPAKAIAN RENANG kecuali anda masuk hanya untuk mengawasi anak-anak anda bermain. Jika tidak berpakaian renang, guard tak akan membenarkan anda masuk. Segala peralatan renang dan Pakaian renang boleh didapati dari Moonaz swimming attire dengan kualiti yang terbaik dan harga yang berpatutan! kami menyediakan pakaian renang untuk semua peringkat umur Especially untuk muslimah dengan pelbagai design dan size. Kami menyediakan Size dari  XS sehingga 7XL 🙂 Woww. Jadi kepada mereka yang mempunyai berat badan yang agak besar dan susah untuk mencari swimmingsuit, inshaAllah kami ada untuk anda!

 

HAPPY BERMANDI-MANDA! THANK YOU 🙂

 

Please follow and like us:

Betul ke wet world shah alam berwajah baru ??

Betul ke wet world shah alam berwajah baru ?? Yeee betul  lah. Wet world shah alam sudah berwajah baru dengan suasana yang lebih menarik dan cantik! bayaran untuk masuk ke wet world shah alam ni pun tidak terlalu mahal. So, sesiapa yang duduk dekat boleh la datang bermandi-manda dan meluangkan masa bersama keluarga!

 

Related image

Related image

Waktu buka taman tema air Shah Alam 

  1. Isnin, selasa, khamis dan jumaat : 10.00am-6.00pm
  2. sabtu, ahad, cuti sekolah dan cuti am: 10.00am-6.00pm
  • Tutup pada HARI RABU kecuali cuti sekolah & cuti am
  • Tuntutan tidak akan diberikan sebab keadaan cuaca buruk
  • Tidak dibenarkan masuk tanpa pengikat tangan atau resit

Bayaran Masuk taman tema air Shah Alam

  1. Ketinggian melebihi 130cm : RM 20.00 sahaja
  2. Ketinggian melebihi 90cm : RM 16.00 sahaja
  3. Ketinggian bawah 90cm : Free

p/s * haa , lagi satu pada kebiasaan sekiranya nak naik gelongsor yang panjang, guard hanya akan melepaskan yang hanya berpakaian renang sahaja! kami menyediakan pakaian renang yang tahan lasak untuk pelbagai peringkat umur, boleh beli secara online atau boleh terus ke kiosk kami di giant shah alam seksyen 13! selamat bercuti semuaaa 🙂

Please follow and like us: