Berenang Untuk Kurus. Mitos Atau Fakta?

Berenang untuk kurus akan menjadi MITOS sekiranya lepas anda berenang anda melantak sebanyak-banyaknya kerana lapar dan ia akan menjadi MITOS sekiranya anda berenang hanya sebulan sekali 😛

Image result for baby berenang

 

Ya benar! sebenarnya berenang ini adalah satu sukan yang boleh menurunkan berat badan kerana berenang melibatkan pergerakkan seluruh badan. Dan berenang ini adalah antara sukan kesukaan Nabi Muhammad 🙂 Berenang merupakan antara sukan kardiovaskular selain dari berbasikal atau jogging. Berenang juga dapat membakar ratusan kalori dalam waktu 30 minit. Setidaknya, 200 hingga 250 kalori akan terbakar bila kita berenang selama itu. Dan bila dilakukan selama satu jam, kalori yang akan terbakar adalah 400 hingga 700 kalori. Anda tidak akan membakar kalori sekiranya anda hanya bermain air sahaja. Kebaikan berenang ni juga boleh membuatkan postur badan jadi tegak, takde dah jadi bongkok-bongkok. Sangat bagus bagi mereka yang nak membaiki postur tubuh badan.

Cara nak kurus dengan berenang:

  1.  Pemanasan( Warm-up)
    pemanasan adalah hal penting yang harus dilakukan sebelum bersukan. Lakukan pemanasan sebelum masuk ke kolam renang. Setelahnya lakukan pemanasan dalam air seperti berenang dengan santai mengelilingi kolam.
  2. Jangan bermalas-malasan di kolam renang
    Jangan hanya berendam di dalam kolam renang. Anda harus benar-benar berenang dan masuk ke kolam renang hanya jika benar-benar serius untuk berolahraga dan berenang.
  3. Jangan minum di kolam renang
    Ramai orang yang minum jus atau cocktail sambil berenang. Jangan lakukan ini. Anda berenang untuk menurunkan berat badan. Yang terbaik banyakkan minum air mineral.
  4. Ganti gaya berenang
    Berenang dengan gaya yang sama setiap hari tak akan membantu Anda menurunkan berat badan. Selain itu, ini akan menjadi kegiatan yang membosankan. Untuk lebih cepat menurunkan berat badan, anda boleh berenang dengan gaya yang berbeza-beza. Pelajari gaya baru jika perlu.
  5. Berenang dengan cepat
    Jangan berenang dengan santai, berenanglah dengan kecepatan yang cepat. Ini boleh dimulakan dengan berenang secara perlahan, namun lebih cepat dari hari ke hari. Lebih cepat berenang lebih banyak kalori yang akan terbakar.
  6. Pendinginan setelah berenang( Cool-down)
    Melakukan pendinginan selepas sukan adalah perkara biasa yang perlu diketahui. Ini juga memberikan kesempatan untuk tubuh badan memberikan waktu untuk relax dari kepenatan bersukan. Contohnya berenang secara santai boleh dijadikan sebagai cara untuk cool-down.

 

Aktiviti ini juga sangat sesuai untuk golongan yang berbadan besar yang ingin bersukan. kerana mereka yang berbadan besar berkemungkinan tidak kuat untuk berjogging atau berbasikal atau membuat sukan yang lain.

Image result for orang obesiti berenang

Yaa! kami disini menyediakan pakaian renang untuk semua peringkat umur terutamanya pakaian renang muslimah dari size XS hingga 7XL dengan pelbagai warna dan design. So guys, jangan jadikan alasan berbadan besar tidak boleh melakukan aktiviti sihat! Kami juga menjual alatan renang seperti pelampung, board, goggle dewasa, goggle kanak-kanak dan banyak lagi!

 

 

AYUH AMALKAN HIDUP SIHAT 🙂 TERIMA KASIH.

Please follow and like us:

Pulau langkawi,kedah

PULAU LANGKAWI . Kebanyakkan para pelancong akan memilih pulau legenda ini sebagai lokasi percutian mereka kerana banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Tidak kira musim, langkawi kini menjadi tumpuan pelancong sepanjang tahun bukan sahaja dikalangan rakyat Malaysia, malah dikalangan pelancong luar Negara juga. Jika anda belum pernah bercuti dikawasan pulau langkawi anda perlu mencubanya kali ini kerana Langkawi mempunyai beberapa pantai yg cantik dan sesuai untuk dijadikan lokasi percutian seisi keluarga .

Apa lagi yang terkenal di Pulau Langkawi ini ? Semestinya coklatt ! Sekiranya anda seorang yang gila akan coklat, anda wajib datang ke PULAU LANGKAWI ini kerana Langkawi sememangnya terkenal sebagai SYURGA COKLAT . Disini saya akan kongsi beberapa tempat murah untuk memborong coklat. Tempat yang paling terkenal untuk memborong coklat kebiasaannya di kedai besar-besar yang dah famous seperti H.I.G atau Coco Valley di Pantai Chenang. Tetapi harga coklat di Coco Valley Pandak Mayah lebih murah. Sebelum memborong anda boleh survey harga dulu di beberapa kedai okey ? Coklat yang famous adalah seperti Ferrero Rocher, Kinder Bueno, Pepero (Almond, Nude, Oreo), Cadbury, Toblerone, Hershey’s, Daim dan banyak lagi jenis coklat !

Image result for langkawi sebagai tempat shopping coklat
Pelbagai jenis coklat ada dijual dengan harga yang lebih murah.

 

Rabak island resort langkawi – vivanta by taj

Penginapan mewah dan perkhidmatan bertaraf antarabangsa yg pasti memberi kepuasan kepada pengunjung. Apa yg menarik ialah persekitaran resort yg dihias cantik bagaikan taman bunga . pemandangan indah laut yg membiru dan pantai berteluk yg menempatkan kapal layar cukup mengagumkan. Kemudahan yg disediakan termasuk kolam renang dengan barisan kerusi untuk pengunjung berjemur, spa dan resort .

Addressrebak island resort vivanta by taj,p.o box 125 07000 langkawi , kedah

Hubungi: 049665566

Laman web: rebak island resort-vivanta by taj

Related image

 

Related image
Pulau Langkawi dengan air laut yang membiru. cantikk.

 

HAPPY HOLIDAY BERSAMA HELANG !

Please follow and like us:

Pulau Tioman, pulau tercantik di Pahang

Image result for Pulau Tioman di Pahang

PULAU TIOMAN, PAHANG . Bila sebut pulau tioman atau tioman island  je, semua orang kenal dan tahu akan keunikkan pantainya yang bersih dan air lautnya yang jernih. Pulau ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai tempat untuk beristirehat mencari ketenangan serta jauh dari orang ramai. Selain daripada bercuti, terdapat resort yang menyediakan kemudahan berkayak, restoran, pakej percutian yang murah dan sebagainya. Salah satu daripada sepuluh pulau yang paling indah di dunia. Di sini terdapat banyak tempat-tempat penginapan yang menarik dengan pelbagai pakej, bergantung kepada bajet anda. Jangan lepaskan peluang ke sini untuk berehat dan menikmati keindahan alam semula dengan pelbagai aktiviti-aktiviti pantai seperti ‘snorkelling’ dan berenang. Pulau ini juga sesuai untuk pasangan pengantin untuk ber’honeymoon’.

 

PERJALANAN UNTUK KE PULAI TIOMAN

1) Dari Kuala Lumpur ke Tanjung Gemok

Tanjung Gemok merupakan jeti ke Pulau Tioman yang terdekat jika anda dari Kuala Lumpur.

Lebuhraya Pantai Timur: Gunakan Lebuhraya Pantai Timur (E8) dari arah KL ke Kuantan – ambil Route 3 melalui Pekan dan Rompin sehingga tiba ke Tanjung Gemok. (Anggaran masa sekitar 4 jam)

2) Dari Melaka ke Tanjung Gemok

Lebuhraya PLUS: Gunakan Lebuhraya PLUS (E2) ke Tangkak – ambil Route 23 ke Segamat – Route 12 ke Muadzam Shah – Route 63 ke Rompin – Route 3 ke Tanjung Gemok (Anggaran masa: 2.5-3 Jam)

3) Dari Kuantan ke Tanjung Gemok

Route 3 : Pandu ke selatan mengikut Route 3 : Kuantan – Pekan – Rompin – Tanjung Gemok

 

PENGINAPAN DIPULAU TIOMAN

Tioman dive resort – ,hotel  bertaraf 3 bintang . terletak dikampung ayer batang , pulau tioman.

Tioman Dive Resort terletak di sepanjang pantai. Ia menawarkan penginapan yang tenang dan selesa dengan Wifi percuma di kawasan awam. Bilik-bilik yang menawarkan pemandangan taman dan dilengkapi dengan bilik mandi en suite yang menyediakan kemudahan pancuran mandian dan peralatan mandian percuma serta bilik yang berhawa dingin.

Di Tioman Dive Resort, kakitangan yang mesra boleh membantu mengatur aktiviti menyelam dan snorkelling. Serta menyediakan perkhidmatan yang terbaik seperti Perkhidmatan penukaran mata wang, perkhidmatan dobi dan kemudahan simpanan bagasi juga disediakan. Penginapan ini juga dinilai baik di Pulau Tioman! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di Bandar lain.

Lokasi:  Kampung Air Batang (aka ABC Bay), 86800 Pulau Tioman, Malaysia

AddressMersing, Pahang, Malaysia

Phone+60 9-419 1218

 

Image result for Tioman dive resort
Pulau Tioman Dive dan Snorkelling dengan pemandangan yang superbbb !

 

Related image
       TIOMAN DIVE RESORT 

HAPPY HOLIDAY GUYSSS! THANKYOU 🙂

Please follow and like us:

Pulau Kapas Terengganu Tarikan Pelancong Luar

Image result for Pulau Kapas Terengganu Tarikan Pelancong Luar

Pulau Kapas Terengganu merupakan salah satu daripada tempat yang paling indah dan santai diantara pulau-pulau di Malaysia. Selain mempunyai pantai yang cantik, air laut diperairan pulau yang jernih dan pemandangan dasar laut yang cantik merupakan tarikan pelancong untuk bercuti ke pulau ini. Terdapat banyak aktiviti menarik dipulau kapas yang boleh dilakukan bersama keluarga tersayang atau bersama kawan-kawan seperti aktiviti luncur angin, mandi manda, berkhemah , melihat suasana ‘SUNSET’ dan lain-lain.

Pengangkutan kepulau kapas

Mengambil penerbangan kelapangan terbang kuala Terengganu atau memandu kenderaan sendiri ke marang. Untuk percutian bajet, anda boleh Mengambil pengangkutan awam seperti bas ekspress ke kuala Terengganu. Anda juga boleh mengambil teksi, grab, atau uber dari lapangan terbang atau stesen bas ke jeti marang, harga lebih kurang rm30. Perjalanan menaiki bot dari jeti marang ke pulau kapas mengambil masa kira kira 20 minit dan harga tiket rm 25 untuk pergi balik.

Resort dipulau kapas

Jika anda bercadang untuk bercuti ke pulau kapas, terdapat banyak pakej percutian yg ditawarkan oleh resort-resort yg terdapat dipulau kapas ini. Biasanya untuk lebih puas menikmati percutian sini, kami mencadangkan pakej 3 hari 2 malam dimana berbagai aktiviti boleh dilakukan.

Kapas island resort : menarik dipulau kapas beberapa jenis bilik penginapan disediakan untuk pengunjung. Ruang makan yg selesa serta berbagai aktiviti boleh ditempah terus melalui resort . Kemudahan bilik seminar turut disediakan, kebiasaannya digunakan untuk kem-kem sekolah. Di Resort ini juga mempunyai beberapa buah chalet unik yg diperbuat daripada kayu .

Bagi pelancong yg ingin kediaman percutian  ke pulau kapas pasti tidak akan mengecewakan bersantai ditepi pantai melihat keindahan pantai dan air laut yg jernih dan memberi ketenangan serta kepuasan sendiri .

AddressPulau Kapas, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

Phone+60 9-631 6468

 

Related image
              PULAU KAPAS TERENGGANU MALAYSIA

 

Image result for Pulau Kapas Terengganu Tarikan Pelancong Luar
           SELAMAT BERCUTI KE GANU KITO !
Please follow and like us:

Pulau pangkor adalah pulau tercantik di Perak

Image result for pulau pangkor

 

PULAU PANGKOR,PERAK. Jika anda belum pernah bercuti dipulau pangkor, ia harus menjadi destinasi anda untuk percutian seterusnya. Kerana Perak ialah salah sebuah negeri dimalaysia yang mempunyai banyak tempat pelancongan menarik dengan keunikkannya yang tersendiri. Pulau ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur, terutamanya jika anda ingin beristirehat menenangkan diri dan melupakan bebanan atau kekusutan tugas. Pulau pongkor adalah destinasi perlancongan yang sangat menarik dengan berbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti mandi laut , bermain sukan pantai , memancing dan lain-lain. Dan yang paling penting tidak perlukan bajet yang tinggi.

Address: lot 4523 4524 4525, Teluk Nipah, 32300 Pulau Pangkor, Perak, Malaysia

Phone:+60 17-588 8659

PANGKOR WATERFALL BEACH RESORT

Penginapan dipulau pangkor tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak hotel dan resort yang berhampiran dengan kawasan pantai .

Jika anda ingin percutian bajet , pangkor waterfall beach resort menawarkan harga yang sangat berpatutan untuk anda dan keluarga. Resort ini terletak dikawasan perlancongan utama iaitu teluk nipah . Ianya menawarkan tempat penginapan yang sangat selesa dengan kemudahan termasuk restoran ,BBQ dan juga wifi percuma. Anda juga dapat pakej aktiviti perlancongan seperti berkayak, memancing dan merentas hutan. Kebiasanya harga aktiviti adalah berasingan, jadi anda boleh memilih aktiviti yang anda ingin lakukan dipulau pangkor mengikut kesesuaian bajet anda.

 

Alamat : pangkor waterfall beach resort , teluk nipah 32300 pangkor,perak

 

number contact : +60 17-588 8659

Image result for PANGKOR WATERFALL BEACH RESORT
 Homestay Pangkor Waterfall Beach Resort dengan harga yang berpatutan.

PERJALANAN KE PULAI PANGKOR,PERAK

Jika anda dari kuala lumpur dan ingin kepulau pangkor anda boleh menggunakan bas ataupun drive dengan kereta ke jeti lumut atau jeti marina island. Kos menggunakan bas Pula rm24.20/sorang dari puduraya.

Jika anda dari utara anda perlu ambil exit changkat jering,dari changkat jering ambik jalan kelumut,setiawan. Anda juga boleh terus exit gopeng tetapi kos tol akan meningkat. Setelah sampai kelumut atau maria island anda perlu ambil feri. Feri akan berlepas setiap 15-30 minit dan Kosnya hanya rm10/sorang.  Anda akan tiba kepulau pangkor selepas 40minit perjalanan jika dari jeti lumut dan hanya 10minit dari marina island .

Image result for PANGKOR island

 

Image result for PANGKOR island

SELAMAT BERCUTI !

Please follow and like us:

Pulau Perhentian Pulau Tercantik di Terengganu

Image result for pulau perhentian

 

Pulau perhentian ialah salah satu destinasi percutian popular dimalaysia. Pulau perhentian terkenal kerana kecantikan alam semulajadi seperti pantai berpasir yang putih bersih , air laut yang jernih dan pelbagai jenis kehidupan laut yang sangat cantik. Faktor tersebut menjadikan pulau perhentian lokasi idaman percutian sesiapa sahaja samada keluarga mahupun bersama rakan rakan . Pelancong boleh mengujungi pulau secara pakej percutian atau merancang bajet sendiri.

Pulau perhentian kecil juga merupakan sebuah pulau peranginan menarik. Jika anda ingin beristirehat dan menikmati keindahan dipulau perhentian, anda tidak perlu risau tentang penginapan kerana hampir semua resort terletak disekitar kawasan pantai ini. Tarikan utama pelancong kepulau perhentian ialah untuk berehat dipulau yang cantik dan tenteram untuk melakukan aktiviti. Selain itu, terdapat beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan dipulau perhentian seperti berkhemah , bermandi-manda dipantai pasir yang jernih airnya pelbagai lagi aktiviti yang menarik.

Image result for resort pulau perhentian
                Resort disekitar PULAU PERHENTIAN sahaja. mudah bukan ?

Aktiviti pantai memang terbaiklah kat sini dan yang paling best pakej snorkeling RM 40 boleh pergi melawat 4 buah pulau berhampiran dan menyelam dengan jerung (jerung jinak ye, bukan jerung yang makan orang dalam TV tu) menyelam dengan penyu dan bagi makan ikan (yang ni paling best sebab bila kita menyelam bagi roti, semua ikan-ikan kecil dan cantik-cantik akan datang kepada kita). Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

AddressPulau Perhentian Besar, Kuala Besut, Terengganu, Malaysia

Phone+60 3-2144 8530

 

CARA PERJALANAN KE PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU

Bagaimana cara untuk ke pulau perhentian ?

Destinasi anda ialah kuala besut dimana feri ke pulau perhentian disediakan. Jika tiada perkhidmatan bas terus ke kuala besut dari tempat anda, anda boleh samada ke kuala Terengganu atau kota bharu. Bergantung pada lokasi berhampiran dengan anda.

Atau anda juga boleh Mengambil teksi untuk ke kuala besut dan Menaiki feri kepulau perhentian besar . Perjalanan lebih kurang sejam sahaja untuk sampai ke destinasi.

Dipulau perhentian besar  anda boleh menaiki bot untuk ke resort penginapan pilihan anda atau berjalan kaki melalui jalan hutan untuk ke resort.

 

 

Please follow and like us:

Pulau Redang Kuala Terengganu Lokasi Kegemaran Pelancong

PULAU REDANG merupakan pulau terbesar di Terengganu. Kebanyakkan para pelancong suka bercuti di Pulau ini kerana tempatnya yang strategik kerana hanya 45 km terletak dari Bandaraya Kuala Terengganu. Rumpun Pulau Redang mempunyai sembilan pulau lain termasuk Pulau Lima, Pulau Kerengga Kecil, Pulau Ling, Pulau Paku Besar, Pulau Kerengga Besar, Pulau Paku Kecil,  Pulau Ekor Tebu, Pulau Pinang dan Pulau Redang. Rumpunan pulau ini menjanjikan pelbagai aktiviti dan panorama menarik kepada para pengunjung seperti ‘snorkelling’, ‘scuba-diving’, dan keindahan Taman Laut yang dipenuhi dengan hidupan marin seperti ikan, penyu dan batu karang.

Permandangan Pulau Redang yang tenang dan indah

Pantai Pasir Panjang adalah pantai yang menjanjikan keindahan memukau di Pulau Redang yang terletak di timur laut pulau. Pantai Pasir Panjang juga merupakan kawasan pendaratan penyu untuk bertelur pada musimnya. Terdapat beberapa tempat penjagaan penyu yang dibina di kawasan ini supaya ekosistem dan habitat penyu ini tidak terancam. Kebanyakan para pengunjung pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melihat penyu bertelur apabila bercuti di pulau ini.

Image result for pulau redang penyu
                          Aktiviti SNORKELLING di PULAU REDANG

Taman Laut Redang adalah antara taman laut tercantik di dunia. Menghimpunkan khazanah laut berusia ribuan tahun yang sentiasa dijaga rapi keasliannya daripada tercemar dan terhakis dimamah perubahan iklim dunia. Pengunjung boleh mengalami dan menikmati sendiri keindahannya dengan melakukan aktiviti snorkelling dan diving di sekitar kawasan taman laut. Kecantikan alam ciptaan Tuhan ini boleh merehatkan minda yang kusut dan boleh menjadi terapi diri.

 

CARA PERJALANAN KE PULAU REDANG

Cara lain ialah untuk pergi ke Redang melalui feri dari Jeti Shahbandar di Kuala Terengganu ataupun Jeti Merang. Feri-feri yang dimiliki oleh resort biasanya akan mengangkut para penumpang dari Jeti Merang ke Redang. Walau bagaimanapun, resort-resort tertentu menggunakan feri yang berlepas dari Jeti Shahbandar ke Jeti Kampung di Redang. Selepas itu, para penumpang akan menaiki bot lain dan menuju ke resort masing-masing. Pakej-pakej yang ditawarkan oleh resort biasanya sudah merangkumi tiket feri ini.

Jeti Shahbandar terletak di pusat bandar Kuala Terengganu dan bertentangan dengan Pusat Informasi Pelancong serta Pejabat Pos Kuala Terengganu. Ia juga berhampiran dengan pasar, kedai-kedai, warung-warung makanan serta tarikan-tarikan pelancongan seperti Bukit Puteri, Istana Maziah dan Kampung Cina.

Perjalanan kaki ke Jeti Shahbandar dari Terminal Bas Kuala Terengganu ialah kira-kira 15 minit manakala perjalanan melalui kereta dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu ke Jeti Shahbandar ialah lebih kurang 25 minit. Perjalanan bot dari Jeti Shahbandar ke Pulau Redang ialah kira-kira 1.5 jam.

Jeti Shahbandar terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin.

Alamat penuh untuk Jeti Shahbandar:

Jeti Pelancongan Shahbandar,
Jalan Sultan Zainal Abidin,
20670 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Image result for pulau redang

 

 

Please follow and like us: