PULAU PANGKOR,PERAK. Jika anda belum pernah bercuti dipulau pangkor, ia harus menjadi destinasi anda untuk percutian seterusnya. Kerana Perak ialah salah sebuah negeri dimalaysia yang mempunyai banyak tempat pelancongan menarik dengan keunikkannya yang tersendiri. Pulau ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur, terutamanya jika anda ingin beristirehat menenangkan diri dan melupakan bebanan atau kekusutan tugas. Pulau pongkor adalah destinasi perlancongan yang sangat menarik dengan berbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti mandi laut , bermain sukan pantai , memancing dan lain-lain. Dan yang paling penting tidak perlukan bajet yang tinggi.
Address: lot 4523 4524 4525, Teluk Nipah, 32300 Pulau Pangkor, Perak, Malaysia
Phone:+60 17-588 8659
PANGKOR WATERFALL BEACH RESORT
Penginapan dipulau pangkor tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak hotel dan resort yang berhampiran dengan kawasan pantai .
Jika anda ingin percutian bajet , pangkor waterfall beach resort menawarkan harga yang sangat berpatutan untuk anda dan keluarga. Resort ini terletak dikawasan perlancongan utama iaitu teluk nipah . Ianya menawarkan tempat penginapan yang sangat selesa dengan kemudahan termasuk restoran ,BBQ dan juga wifi percuma. Anda juga dapat pakej aktiviti perlancongan seperti berkayak, memancing dan merentas hutan. Kebiasanya harga aktiviti adalah berasingan, jadi anda boleh memilih aktiviti yang anda ingin lakukan dipulau pangkor mengikut kesesuaian bajet anda.
Alamat : pangkor waterfall beach resort , teluk nipah 32300 pangkor,perak
number contact : +60 17-588 8659
PERJALANAN KE PULAI PANGKOR,PERAK
Jika anda dari kuala lumpur dan ingin kepulau pangkor anda boleh menggunakan bas ataupun drive dengan kereta ke jeti lumut atau jeti marina island. Kos menggunakan bas Pula rm24.20/sorang dari puduraya.
Jika anda dari utara anda perlu ambil exit changkat jering,dari changkat jering ambik jalan kelumut,setiawan. Anda juga boleh terus exit gopeng tetapi kos tol akan meningkat. Setelah sampai kelumut atau maria island anda perlu ambil feri. Feri akan berlepas setiap 15-30 minit dan Kosnya hanya rm10/sorang. Anda akan tiba kepulau pangkor selepas 40minit perjalanan jika dari jeti lumut dan hanya 10minit dari marina island .
SELAMAT BERCUTI !