Berenang Untuk Kurus. Mitos Atau Fakta?

Berenang untuk kurus akan menjadi MITOS sekiranya lepas anda berenang anda melantak sebanyak-banyaknya kerana lapar dan ia akan menjadi MITOS sekiranya anda berenang hanya sebulan sekali 😛

Image result for baby berenang

 

Ya benar! sebenarnya berenang ini adalah satu sukan yang boleh menurunkan berat badan kerana berenang melibatkan pergerakkan seluruh badan. Dan berenang ini adalah antara sukan kesukaan Nabi Muhammad 🙂 Berenang merupakan antara sukan kardiovaskular selain dari berbasikal atau jogging. Berenang juga dapat membakar ratusan kalori dalam waktu 30 minit. Setidaknya, 200 hingga 250 kalori akan terbakar bila kita berenang selama itu. Dan bila dilakukan selama satu jam, kalori yang akan terbakar adalah 400 hingga 700 kalori. Anda tidak akan membakar kalori sekiranya anda hanya bermain air sahaja. Kebaikan berenang ni juga boleh membuatkan postur badan jadi tegak, takde dah jadi bongkok-bongkok. Sangat bagus bagi mereka yang nak membaiki postur tubuh badan.

Cara nak kurus dengan berenang:

  1.  Pemanasan( Warm-up)
    pemanasan adalah hal penting yang harus dilakukan sebelum bersukan. Lakukan pemanasan sebelum masuk ke kolam renang. Setelahnya lakukan pemanasan dalam air seperti berenang dengan santai mengelilingi kolam.
  2. Jangan bermalas-malasan di kolam renang
    Jangan hanya berendam di dalam kolam renang. Anda harus benar-benar berenang dan masuk ke kolam renang hanya jika benar-benar serius untuk berolahraga dan berenang.
  3. Jangan minum di kolam renang
    Ramai orang yang minum jus atau cocktail sambil berenang. Jangan lakukan ini. Anda berenang untuk menurunkan berat badan. Yang terbaik banyakkan minum air mineral.
  4. Ganti gaya berenang
    Berenang dengan gaya yang sama setiap hari tak akan membantu Anda menurunkan berat badan. Selain itu, ini akan menjadi kegiatan yang membosankan. Untuk lebih cepat menurunkan berat badan, anda boleh berenang dengan gaya yang berbeza-beza. Pelajari gaya baru jika perlu.
  5. Berenang dengan cepat
    Jangan berenang dengan santai, berenanglah dengan kecepatan yang cepat. Ini boleh dimulakan dengan berenang secara perlahan, namun lebih cepat dari hari ke hari. Lebih cepat berenang lebih banyak kalori yang akan terbakar.
  6. Pendinginan setelah berenang( Cool-down)
    Melakukan pendinginan selepas sukan adalah perkara biasa yang perlu diketahui. Ini juga memberikan kesempatan untuk tubuh badan memberikan waktu untuk relax dari kepenatan bersukan. Contohnya berenang secara santai boleh dijadikan sebagai cara untuk cool-down.

 

Aktiviti ini juga sangat sesuai untuk golongan yang berbadan besar yang ingin bersukan. kerana mereka yang berbadan besar berkemungkinan tidak kuat untuk berjogging atau berbasikal atau membuat sukan yang lain.

Image result for orang obesiti berenang

Yaa! kami disini menyediakan pakaian renang untuk semua peringkat umur terutamanya pakaian renang muslimah dari size XS hingga 7XL dengan pelbagai warna dan design. So guys, jangan jadikan alasan berbadan besar tidak boleh melakukan aktiviti sihat! Kami juga menjual alatan renang seperti pelampung, board, goggle dewasa, goggle kanak-kanak dan banyak lagi!

 

 

AYUH AMALKAN HIDUP SIHAT 🙂 TERIMA KASIH.

Please follow and like us:

Pantai yang wajib anda ketahui di KEDAH !

Terdapat 6 buah pantai yang menarik dan menjadi tarikan para pelancong yang bercuti di KEDAH . Yang pertama ialah Pantai Cenang iaitu Sebuah pantai di Pulau Langkawi yang paling popular dikalangan pelancong dan mempunyai banyak tarikan aktiviti pelancongan sukan air dan juga kemudahan dalam memilih penginapan yang selesa dan berdekatan seperti resort, chalet dan homestay.

Related image
   PANTAI CENANG , KEDAH

 

Yang kedua ialah Pulau Langkawi iaitu Pulau lagenda yang boleh dikatakan pulau pelancongan yang paling popular di Malaysia yang menawarkan pelbagai tempat menarik yang sesuai untuk percutian bersama keluarga atau ketika berbulan madu. Langkawai bukan sahaja terkenal dengan pantai yang cantik, malahan terdapat pelbagai jenis daya tarikan lain seperti  muzium, aquarium, gua dan bukit.

 

Image result for pantai langkawi malaysia
                                                       hotel yang terkenal LANGKAWI 
Related image
                     LANGKAWI sebagai PERMATA KEDAH

 

Seterusnya ialah Pantai Tengkorak. Pantai ini ialah Pantai di Pulau Langkawi yang agak kurang popular kalau dibandingkan dengan Pantai Cenang. Namun ianya tetap satu destinasi yang cantik dan lebih menjanjikan ketenangan sekiranya untuk merehatkan fikiran setelah berpenat bekerja.

Image result for Pantai Tengkorak
                                              Pantai Tengkorak KEDAH

 

Pantai Murni adalah pantai keempat menarik yang berada di KEDAH. Pantai ini mempunyai tepi pantai yang menarik dan sangat sesuai untuk berekreasi bersama keluarga seperti mengadakan aktiviti HARI KELUARGA dan terletak tidak jauh dari pekan Yan dan pengunjung boleh menikmati keindahan panorama pulau-pulau diseberang laut seperti Pulau Bidan, Pulau Telor Bunting dan Songsang terutamanya ketika waktu matahari terbenam.

Related image
                                                SUNSET di Pantai Murni KEDAH

Pantai seterusnya ialah Pantai Merdeka. Sebuah pantai peranginan yang popular di Sungai Petani dan sering menjadi pilihan orang Penang atau Perak yang inginkan percutian yang tenang. Terdapat beberapa buah chalet dan resort untuk penginapan.

Related image
                        cinta Pantai Merdeka <3 KEDAH

 

Pantai yang terakhir ialah Tanjung Dawai . Tanjung Dawai ialah Kawasan yang terkenal dengan perkampungan nelayan tepi pantai dengan hasil laut dan juga banyak  restoran yang menyediakan makanan seafood yang segar.

 

Image result for Tanjung Dawai
      Seafood segar di Tanjung Dawai Kedah

 

Image result for Tanjung Dawai
                          Permandangan sunset di Tanjung Dawai Kedah
Please follow and like us: