Pulau langkawi,kedah

PULAU LANGKAWI . Kebanyakkan para pelancong akan memilih pulau legenda ini sebagai lokasi percutian mereka kerana banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Tidak kira musim, langkawi kini menjadi tumpuan pelancong sepanjang tahun bukan sahaja dikalangan rakyat Malaysia, malah dikalangan pelancong luar Negara juga. Jika anda belum pernah bercuti dikawasan pulau langkawi anda perlu mencubanya kali ini kerana Langkawi mempunyai beberapa pantai yg cantik dan sesuai untuk dijadikan lokasi percutian seisi keluarga .

Apa lagi yang terkenal di Pulau Langkawi ini ? Semestinya coklatt ! Sekiranya anda seorang yang gila akan coklat, anda wajib datang ke PULAU LANGKAWI ini kerana Langkawi sememangnya terkenal sebagai SYURGA COKLAT . Disini saya akan kongsi beberapa tempat murah untuk memborong coklat. Tempat yang paling terkenal untuk memborong coklat kebiasaannya di kedai besar-besar yang dah famous seperti H.I.G atau Coco Valley di Pantai Chenang. Tetapi harga coklat di Coco Valley Pandak Mayah lebih murah. Sebelum memborong anda boleh survey harga dulu di beberapa kedai okey ? Coklat yang famous adalah seperti Ferrero Rocher, Kinder Bueno, Pepero (Almond, Nude, Oreo), Cadbury, Toblerone, Hershey’s, Daim dan banyak lagi jenis coklat !

Image result for langkawi sebagai tempat shopping coklat
Pelbagai jenis coklat ada dijual dengan harga yang lebih murah.

 

Rabak island resort langkawi – vivanta by taj

Penginapan mewah dan perkhidmatan bertaraf antarabangsa yg pasti memberi kepuasan kepada pengunjung. Apa yg menarik ialah persekitaran resort yg dihias cantik bagaikan taman bunga . pemandangan indah laut yg membiru dan pantai berteluk yg menempatkan kapal layar cukup mengagumkan. Kemudahan yg disediakan termasuk kolam renang dengan barisan kerusi untuk pengunjung berjemur, spa dan resort .

Addressrebak island resort vivanta by taj,p.o box 125 07000 langkawi , kedah

Hubungi: 049665566

Laman web: rebak island resort-vivanta by taj

Related image

 

Related image
Pulau Langkawi dengan air laut yang membiru. cantikk.

 

HAPPY HOLIDAY BERSAMA HELANG !

Please follow and like us:

Pantai yang wajib anda ketahui di KEDAH !

Terdapat 6 buah pantai yang menarik dan menjadi tarikan para pelancong yang bercuti di KEDAH . Yang pertama ialah Pantai Cenang iaitu Sebuah pantai di Pulau Langkawi yang paling popular dikalangan pelancong dan mempunyai banyak tarikan aktiviti pelancongan sukan air dan juga kemudahan dalam memilih penginapan yang selesa dan berdekatan seperti resort, chalet dan homestay.

Related image
   PANTAI CENANG , KEDAH

 

Yang kedua ialah Pulau Langkawi iaitu Pulau lagenda yang boleh dikatakan pulau pelancongan yang paling popular di Malaysia yang menawarkan pelbagai tempat menarik yang sesuai untuk percutian bersama keluarga atau ketika berbulan madu. Langkawai bukan sahaja terkenal dengan pantai yang cantik, malahan terdapat pelbagai jenis daya tarikan lain seperti  muzium, aquarium, gua dan bukit.

 

Image result for pantai langkawi malaysia
                                                       hotel yang terkenal LANGKAWI 
Related image
                     LANGKAWI sebagai PERMATA KEDAH

 

Seterusnya ialah Pantai Tengkorak. Pantai ini ialah Pantai di Pulau Langkawi yang agak kurang popular kalau dibandingkan dengan Pantai Cenang. Namun ianya tetap satu destinasi yang cantik dan lebih menjanjikan ketenangan sekiranya untuk merehatkan fikiran setelah berpenat bekerja.

Image result for Pantai Tengkorak
                                              Pantai Tengkorak KEDAH

 

Pantai Murni adalah pantai keempat menarik yang berada di KEDAH. Pantai ini mempunyai tepi pantai yang menarik dan sangat sesuai untuk berekreasi bersama keluarga seperti mengadakan aktiviti HARI KELUARGA dan terletak tidak jauh dari pekan Yan dan pengunjung boleh menikmati keindahan panorama pulau-pulau diseberang laut seperti Pulau Bidan, Pulau Telor Bunting dan Songsang terutamanya ketika waktu matahari terbenam.

Related image
                                                SUNSET di Pantai Murni KEDAH

Pantai seterusnya ialah Pantai Merdeka. Sebuah pantai peranginan yang popular di Sungai Petani dan sering menjadi pilihan orang Penang atau Perak yang inginkan percutian yang tenang. Terdapat beberapa buah chalet dan resort untuk penginapan.

Related image
                        cinta Pantai Merdeka <3 KEDAH

 

Pantai yang terakhir ialah Tanjung Dawai . Tanjung Dawai ialah Kawasan yang terkenal dengan perkampungan nelayan tepi pantai dengan hasil laut dan juga banyak  restoran yang menyediakan makanan seafood yang segar.

 

Image result for Tanjung Dawai
      Seafood segar di Tanjung Dawai Kedah

 

Image result for Tanjung Dawai
                          Permandangan sunset di Tanjung Dawai Kedah
Please follow and like us: