Woww Sunway lagoon Malaysia ada 6 theme park!

Sunway Lagoon dibangunkan dengan konsep Multi-park destination. Disini terdapat 5 theme park dan ada satu theme park yang terkini, iaitu Nickelodeon Lost Lagoon. Semenjak Sunway Lagoon ini didirikan pada tahun 1993, banyak penghargaan yang diterima oleh pihak Sunway Lagoon. Salah satunya dari International of Amusement Park and Attractions(IAAPA) sebagai Asia’s Best Attraction. Woww! Sunway Lagoon ini didirikan dengan keluasan 80 hektar. Antara 6 theme park disini ialah :

  1. Water Park

sunway-lagoon-waterpark

Water park adalah tempat untuk bermain air atau bermandi-manda dengan sepuasnya bersama keluarga dan sahabat handai. Disini juga ada disediakan The surf Beach iaitu sebuah pantai buatan dengan keluasan sekitar 13 ribu meter persegi pasir. The Surf Beach juga memiliki FlowRider iaitu Surf Simulator pertama di Malaysia, dimana terciptanya ombak seakan-akan dipantai sebenar! Menarik betul!

Sunway Lagoon juga telah mendirikan pelbagai jenis gelongsor yang menarik dan menggerunkan! Disini juga terdapat permainan baru seperti  Vuvuzela, Waterplexx 5D dan banyak lagi. Vuvuzela adalah merupakan water ride terbesar di dunia dan waterplexx 5D adalah theater 5D yang akan memberikan pengalaman yang interaktif dengan teknologi terkini!

 

Related image
Vuvuzela SUNWAY LAGOON MALAYSIA

Related image

2. Amusement Park

Kepada para pengunjung yang berjiwa kental sangat sesuai di Park ini. Kerana disini ada bermacam-macam permainan yang menggiurkan seperti pirate’s revenge iaitu sebuah permainan seperti kapal bajak laut yang boleh berpusing sehingga 360° dan membuatkan anda Rasa seperti terkeluar jantung sebentar semasa kapal ini diterbalikkan pada kedudukan puncak. Anda akan melihat bumi ini dalam keadaan terbalik kerana kepala berada di bawah! Amusement park juga menyediakan permainan Roller Coaster yang menarik.

Related image
pirate’s revenge

Di theme park ini juga ade permainan yang sedikit santai iaitu sunway lagoon pedestrian suspension Bridge. Dimana jambatan ini adalah jambatan yang terpanjang di Malaysia!

Disamping banyak permainan untuk orang dewasa, Amusement Park juga terdapat permainan untuk kanak-kanak berusia 5 tahun hingga 12 tahun yang tidak berbahaya seperti Captain Kid’s Playland dan Candyland.

3. Wildlife Park

Park ini khas untuk para pencinta binatang. Di sini terdapat lebih dari 140 spesies binatang yang tidak berbahaya seperti burung, ikan, binatang reptilia dan binatang mamalia. Di sini juga ada haiwan yang merbahaya seperti harimau, beruang, rusa dan banyak lagi haiwan lain! Wildlife park ini didirikan seluas 8 hektar dan dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan hijau!

sunway-lagoon-wildlife

 

4. Extreme Park

Dah nama pun extreme park kan, confirm la ada banyak permainan-permainan extreme yang akan membuat anda tidak senang duduk seperti Wild Wild West iaitu terowong gelap dengan jalan menurun, G-Force X iaitu sebuah slingshot raksasa yang akan bawak anda naik dengan kelajuan 120km/hour dengan ketinggian  65meter, dan akhir sekali adalah Flying Fox terpanjang di Malaysia sejauh 206meter di atas sunway lagoon! Woow merecik semua permainan extreme disini. Dalam banyak-banyak theme park, mungkin disini akan tercipta kenangan yang tidak dapat anda lupakan!

 

5. Scream park

Bagi sesiapa yang lemah semangat atau memang jenis penakut, dinasihati jangan masuk ke Park ini. Tapi bagi yang berani dan berjiwa kental, anda boleh masuk ke blockbuster hollywood dan anda akan melalui world war Z Live dimana anda akan berjumpa dengan Zombie-zombie yang mengerikan! Selain itu, di park ini juga boleh jelajah ke rumah HANTU in 3DX yang isinya tentang sejarah mengenai hantu-hantu dimalaysia seperti pocong! sesiapa yang suka sejarah boleh la masuk 🙂 Hahaha

sunway-lagoon-screampark

 

6. Nickelodeon Lost Lagoon

Park ini adalah park terbaru di sanway lagoon. Dan ia adalah taman bermain pertama yang bertemakan Nickelodeon Lost Lagoon di Asia ! Antara permainan yang ada disini seperti Rain Fotress, Water Spray Area, Giant Aqua Tube dan pelbagai permainan lagi. Disini anda boleh jugak bershopping seperti souvenir terkenal dari nickelodeon seperti SpongeBob, Dora The Explorer dan Teenage Mutant Ninja Turtles. Sungguh menarik kan theme park ini confirm anak-anak anda akan menyukainya!

Image result for nickelodeon lost lagoon malaysia

 

Percutian anda akan lebih menarik dengan pelbagai alatan renang! yaa kami menyediakannya seperti goggle, board, blade blaster, shooter dan banyak lagi. Kami juga menyediakan pakaian renang untuk semua peringkat umur termasuk baju muslimah dengan harga yang berpatutan dari size XS hingga 7XL! thankssss.

 

IT’S WILL BE A CRAZY EXPERIENCE! 🙂

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *