Kolam Renang yang murah di putrajaya!

Kolam renang adalah suatu konstruksi buatan yang dirancang untuk diisi dengan air dan digunakan untuk berenang, menyelam, atau melakukan aktiviti air dan lain-lain. Kolam renang merupakan salah satu destinasi yang menarik untuk meluangkan masa bersama keluarga dan sebagai tempat untuk melepaskan tekanan mahupun tempat untuk merehatkan diri selepas penat bekerja.

Terdapat banyak kolam renang yang menarik yang terdapat di Malaysia. Antaranya ialah kolam renang yang terdapat di Putrajaya. Banyak kolam renang di putrajaya yang hanya menawarkan bayaran tiket yang murah iaitu kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 6, Kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 9, Kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 11 dan Kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 16. Diantara kolam-kolam renang ini, kolam di presint 6 adalah yang terbaru dibuka kepada orang ramai.

Kolam renang ini sangat  menarik kerana dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang tiada pada kolam renang lain. Ia juga dilengkapi dengan kolam renang bersaiz olimpik,kolam latihan dan juga kolam renang untuk kanak-kanak.Permandangan di sekitar kolam ini juga menarik di samping aktiviti-aktiviti yang dilakukan di tasik bersebelahan dengan kolam renang tersebut. Jadi, dapat disimpulkan bahawa, di Putrajaya terdapat kolam-kolam renang yang menarik. Oleh itu,jangan lepaskan peluang keemasan anda. Ayuh kita lihat 4 kolam renang awam yang ada di putrajaya. Kolam renang sudah la besar dan selesa, anak- anak gembira dan duit pun jimat 😛

 

Jadual kolam renang pusat kejiranan presint 6, 9, 11 dan 16

Sesi 1: 9.00AM-11.00AM

Sesi 2: 1.00PM-3.00PM

Sesi 3: 5.00PM-7.00PM

Sesi 4: 8.00PM-10.00PM

Dibuka pada setiap hari kecuali hari rabu untuk penyelenggaraan.

Harga tiket kolam renang pusat kejiranan presint 6, 9, 11 dan 16

Dewasa: RM2

Kanak-kanak: Rm1

 

  1. Kolam renang Pusat Kejiranan Presint 11

Kolam renang yang terbahagi kepada 3 kolam. Iaitu 2 untuk kanak-kanak yang cetek dan sederhana cetek. 1 kolam lagi untuk dewasa .

 

2. Kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 6

kolam ini mempunyai 3 kolam . 2 kolam khas untuk kanak-kanak . 1 kolam sahaja untuk dewasa dengan kedalaman yang berbeza sehingga kedalaman 2 meter.

 

3. Kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 9

Kolam renang kanak-kanak dan dewasa Dan disebelah kolam renang ini jugak ada taman permainan! whoaaa. Dah la murah je, macam-macam pulak ada. super jimat.

 

4. Kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 16

Related image

 

Berenang berenang jugak, Peringatan penting!! sekiranya anda nak masuk bermandi-manda dalam kolam yang murah dgn servis yg terbaik ini, ANDA MESTILAH BERPAKAIAN RENANG kecuali anda masuk hanya untuk mengawasi anak-anak anda bermain. Jika tidak berpakaian renang, guard tak akan membenarkan anda masuk. Segala peralatan renang dan Pakaian renang boleh didapati dari Moonaz swimming attire dengan kualiti yang terbaik dan harga yang berpatutan! kami menyediakan pakaian renang untuk semua peringkat umur Especially untuk muslimah dengan pelbagai design dan size. Kami menyediakan Size dari  XS sehingga 7XL 🙂 Woww. Jadi kepada mereka yang mempunyai berat badan yang agak besar dan susah untuk mencari swimmingsuit, inshaAllah kami ada untuk anda!

 

HAPPY BERMANDI-MANDA! THANK YOU 🙂

 

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *