PULAU TIOMAN, PAHANG . Bila sebut pulau tioman atau tioman island je, semua orang kenal dan tahu akan keunikkan pantainya yang bersih dan air lautnya yang jernih. Pulau ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai tempat untuk beristirehat mencari ketenangan serta jauh dari orang ramai. Selain daripada bercuti, terdapat resort yang menyediakan kemudahan berkayak, restoran, pakej percutian yang murah dan sebagainya. Salah satu daripada sepuluh pulau yang paling indah di dunia. Di sini terdapat banyak tempat-tempat penginapan yang menarik dengan pelbagai pakej, bergantung kepada bajet anda. Jangan lepaskan peluang ke sini untuk berehat dan menikmati keindahan alam semula dengan pelbagai aktiviti-aktiviti pantai seperti ‘snorkelling’ dan berenang. Pulau ini juga sesuai untuk pasangan pengantin untuk ber’honeymoon’.
PERJALANAN UNTUK KE PULAI TIOMAN
1) Dari Kuala Lumpur ke Tanjung Gemok
Tanjung Gemok merupakan jeti ke Pulau Tioman yang terdekat jika anda dari Kuala Lumpur.
Lebuhraya Pantai Timur: Gunakan Lebuhraya Pantai Timur (E8) dari arah KL ke Kuantan – ambil Route 3 melalui Pekan dan Rompin sehingga tiba ke Tanjung Gemok. (Anggaran masa sekitar 4 jam)
2) Dari Melaka ke Tanjung Gemok
Lebuhraya PLUS: Gunakan Lebuhraya PLUS (E2) ke Tangkak – ambil Route 23 ke Segamat – Route 12 ke Muadzam Shah – Route 63 ke Rompin – Route 3 ke Tanjung Gemok (Anggaran masa: 2.5-3 Jam)
3) Dari Kuantan ke Tanjung Gemok
Route 3 : Pandu ke selatan mengikut Route 3 : Kuantan – Pekan – Rompin – Tanjung Gemok
PENGINAPAN DIPULAU TIOMAN
Tioman dive resort – ,hotel bertaraf 3 bintang . terletak dikampung ayer batang , pulau tioman.
Tioman Dive Resort terletak di sepanjang pantai. Ia menawarkan penginapan yang tenang dan selesa dengan Wifi percuma di kawasan awam. Bilik-bilik yang menawarkan pemandangan taman dan dilengkapi dengan bilik mandi en suite yang menyediakan kemudahan pancuran mandian dan peralatan mandian percuma serta bilik yang berhawa dingin.
Di Tioman Dive Resort, kakitangan yang mesra boleh membantu mengatur aktiviti menyelam dan snorkelling. Serta menyediakan perkhidmatan yang terbaik seperti Perkhidmatan penukaran mata wang, perkhidmatan dobi dan kemudahan simpanan bagasi juga disediakan. Penginapan ini juga dinilai baik di Pulau Tioman! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di Bandar lain.
Lokasi: Kampung Air Batang (aka ABC Bay), 86800 Pulau Tioman, Malaysia
Address: Mersing, Pahang, Malaysia
HAPPY HOLIDAY GUYSSS! THANKYOU 🙂