PULAU LANGKAWI . Kebanyakkan para pelancong akan memilih pulau legenda ini sebagai lokasi percutian mereka kerana banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Tidak kira musim, langkawi kini menjadi tumpuan pelancong sepanjang tahun bukan sahaja dikalangan rakyat Malaysia, malah dikalangan pelancong luar Negara juga. Jika anda belum pernah bercuti dikawasan pulau langkawi anda perlu mencubanya kali ini kerana Langkawi mempunyai beberapa pantai yg cantik dan sesuai untuk dijadikan lokasi percutian seisi keluarga .
Apa lagi yang terkenal di Pulau Langkawi ini ? Semestinya coklatt ! Sekiranya anda seorang yang gila akan coklat, anda wajib datang ke PULAU LANGKAWI ini kerana Langkawi sememangnya terkenal sebagai SYURGA COKLAT . Disini saya akan kongsi beberapa tempat murah untuk memborong coklat. Tempat yang paling terkenal untuk memborong coklat kebiasaannya di kedai besar-besar yang dah famous seperti H.I.G atau Coco Valley di Pantai Chenang. Tetapi harga coklat di Coco Valley Pandak Mayah lebih murah. Sebelum memborong anda boleh survey harga dulu di beberapa kedai okey ? Coklat yang famous adalah seperti Ferrero Rocher, Kinder Bueno, Pepero (Almond, Nude, Oreo), Cadbury, Toblerone, Hershey’s, Daim dan banyak lagi jenis coklat !
Rabak island resort langkawi – vivanta by taj
Penginapan mewah dan perkhidmatan bertaraf antarabangsa yg pasti memberi kepuasan kepada pengunjung. Apa yg menarik ialah persekitaran resort yg dihias cantik bagaikan taman bunga . pemandangan indah laut yg membiru dan pantai berteluk yg menempatkan kapal layar cukup mengagumkan. Kemudahan yg disediakan termasuk kolam renang dengan barisan kerusi untuk pengunjung berjemur, spa dan resort .
Address: rebak island resort vivanta by taj,p.o box 125 07000 langkawi , kedah
Hubungi: 049665566
Laman web: rebak island resort-vivanta by taj
HAPPY HOLIDAY BERSAMA HELANG !