Nak berswimming dengan family tapi anda sukakan tempat privacy? Homestay yang mewah dengan kemudahan kolam renang paling sesuai untuk anda! Aurat pun lebih senang terjaga dan confirm tiada had waktu untuk berswimming kan. whoaa sangat seronok! boleh mandi sepuas hati ! Disini kami akan recommend 3 homestay superbbb sekali package dengan swimming pool yang berada di melaka :
- Limastiga Homestay Melaka
Tempat ini sangat sesuai especially untuk bercuti bersama keluarga atau reunion bersama rakan-rakan. Homestay ini terletak di Umbai, iaitu sebuah perkampungan yang damai dan terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan yang popular di Melaka! 🙂 Woww, ia terdiri dari 3 buah rumah yang cantik dibina sekeliling kolam mandi dan terdapat 6 buah bilik kesemuanya. suasana didalam kawasan homestay begitu menenangkan dengan landskap yang menarik. Ia juga menyediakan kemudahan bilik karaoke dan BBQ set !
harga pakej homestay 2 hari 1 malam ialah RM2300 utk hari bekerja dan RM2800 untuk hari minggu. 3 buah rumah boleh memuatkan sehingga 24 orang tetamu.
- nota: Homestay ini adalah untuk muslim sahaja.
- lokasi: Limastiga Homestay Melaka, Jalan Paya Dalam/ Umbai, 77300 Melaka!
- hubungi: +60126237687

2) Masbro Village Homestay
Wowww. homestay ini sangat cantik dari segi seni bina dia. Saya pulak rasa macam nak nangis sebab terlalu cantik pemandangan disini cuma pitih je yang belum ada. okeyyy meh saya cerita sikit tentang homestay yang unik ini!
Homestay ini terletak kira-kira 7KM dari pusat bandar Ayer Keroh, penginapan yang unik ini menjadi homestay terkenal kerana dikatakan mirip dengan Brighton Beach, Australia. Tak dapat pergi Austalia pun takpe, Melaka pun ade 🙂
Dengan laman yang cantik serta kolam renang yang besar, setiap rumah 2 tingkat ini dapat memuatkan sehingga 6 orang!
- Alamat: Masbro Village Homestay Lot 291, Batu 7 1/2 , Paya Rumput, Jalan Paya Perdana 76450 Melaka.
- No tel : +6013-3136872(Mazlan) atau +6011732242(Suraya)
- Facebook: Masbro Village Boutique Homestay
- Harga: RM280 untuk seunit/malam (6 Orang)

3) Homestay kontena Melaka
Homestay ini terletak di Bukit Katil, Melaka. Lebih kurang 5KM dari Tol Ayer Keroh dan 7KM ke Pusat bandar. Terdapat banyak facilities yang telah disediakan didalam homestay ini dan boleh digunakan secara PERCUMA sahaja. Woww. Harga pun sangat berpatutan! Antara facilities yang disediakan adalah seperti wifi, aircond, astro, swimming pool, basikal, playground, BBQ pit, kolam ikan dan banyak lagi.
- Facebook: Homestay Kontena Melaka
- Website: www.homestaykontena.com
- Contact Number: +60133627077
- Harga: untuk 2 hari 1 malam bagi unit kontena adalah RM150(weekdays) dan RM180(weekend/cuti am/ cuti sekolah)

- Aktiviti renang anda akan lebih menarik jika berpakaian renang. Kami menyediakan semua alatan renang dan set pakaian renang untuk pelbagai peringkat umur especially untuk perempuan muslimah dengan harga yang berpatutan. Boleh membuat pembelian secara online.
HAPPY HOLIDAY GUYSS! THANK YOU! 🙂