Pulau Kapas Terengganu merupakan salah satu daripada tempat yang paling indah dan santai diantara pulau-pulau di Malaysia. Selain mempunyai pantai yang cantik, air laut diperairan pulau yang jernih dan pemandangan dasar laut yang cantik merupakan tarikan pelancong untuk bercuti ke pulau ini. Terdapat banyak aktiviti menarik dipulau kapas yang boleh dilakukan bersama keluarga tersayang atau bersama kawan-kawan seperti aktiviti luncur angin, mandi manda, berkhemah , melihat suasana ‘SUNSET’ dan lain-lain.
Pengangkutan kepulau kapas
Mengambil penerbangan kelapangan terbang kuala Terengganu atau memandu kenderaan sendiri ke marang. Untuk percutian bajet, anda boleh Mengambil pengangkutan awam seperti bas ekspress ke kuala Terengganu. Anda juga boleh mengambil teksi, grab, atau uber dari lapangan terbang atau stesen bas ke jeti marang, harga lebih kurang rm30. Perjalanan menaiki bot dari jeti marang ke pulau kapas mengambil masa kira kira 20 minit dan harga tiket rm 25 untuk pergi balik.
Resort dipulau kapas
Jika anda bercadang untuk bercuti ke pulau kapas, terdapat banyak pakej percutian yg ditawarkan oleh resort-resort yg terdapat dipulau kapas ini. Biasanya untuk lebih puas menikmati percutian sini, kami mencadangkan pakej 3 hari 2 malam dimana berbagai aktiviti boleh dilakukan.
Kapas island resort : menarik dipulau kapas beberapa jenis bilik penginapan disediakan untuk pengunjung. Ruang makan yg selesa serta berbagai aktiviti boleh ditempah terus melalui resort . Kemudahan bilik seminar turut disediakan, kebiasaannya digunakan untuk kem-kem sekolah. Di Resort ini juga mempunyai beberapa buah chalet unik yg diperbuat daripada kayu .
Bagi pelancong yg ingin kediaman percutian ke pulau kapas pasti tidak akan mengecewakan bersantai ditepi pantai melihat keindahan pantai dan air laut yg jernih dan memberi ketenangan serta kepuasan sendiri .
Address: Pulau Kapas, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia